Kadangkala aku termenung sendirian,
Mampukah aku memiliki hati kamu,
Sehingga saat ini aku masih lagi berusaha,
Sekuat dan semampu aku,
Kadangkala aku terfikir,
Jika ini aku yg dulu,
Sudah lama aku berputus asa,
Aku terlalu sayangkan kamu,
Sejujur dan seikhlasnya,
Tiada insan lain yang aku mahu,
Kamu telah banyak merubah diri aku,
Untuk lebih yakin dan sentiasa berubah,
Hanya kamu sahaja pelengkap hidup ini,
Hanya kamu yg berjaya membuat egoku,
Setara rendahnya lantai,
Terima kasih untuk segenap rasa itu,
Kamu merupakan pengalaman terindah hidup ini, cara kamu,nakal kamu,degil kamu,
Semuanya aku senang sayang,
Dari segenap ruang dan relung hati,
Aku sangat memerlukan kamu,
Untuk terus mencipta memori indah bersama,
Hanya itu sahaja hal yang aku tahu,
Sayang,
Terima kasih menerima hati ini,
Menerima aku dalam hidupmu,
Maafkan diri ini andai menyakiti hatimu,
Percayalah hanya kamu yang aku tuju,
Aku berharap agar satu saat nanti,
Kau akan mengerti,
Bahawa syg dan rindu ini takkan pernah mati,
Hari ini aku masih berpeluang menulis puisi,
Aku berharap agar esok lusa dan seterusnya,
Kamu tetap ada disini,
Di dalam hati ini,
Di dalam setiap bait kata-kata di puisi ini,
Takkan pernah aku berhenti menyebut namamu,
Sayang,
Jaga dirimu saat aku jauh,0
Aku disini senantiasa menjaga hati yang aku curi,
Tetaplah disini sayang,
Itu sahaja rayuan dan rintihan aku,
Itu sahaja yang aku mahu darimu,
Dari insan yang terlalu mengagumimu,
Aku bersyukur dapat mengenalimu,
Terima kasih sayang,
Ayang terlalu sayangkan baby!!,♥️💕♥️
*omeyyy ayggg🤗😊

No comments:
Post a Comment