Monday, 27 August 2018

Si Dia Yang Jauh Dimata❤️

Sayang,
Saat kau membaca susunan tak seberapa ini,
Aku disini tetap setia merinduimu,
Setia menunggu khabar dari kamu,
Tetaplah kamu baik-baik sahaja,
Kerana kau bahagian dari belahan jiwa aku,
Sakit kamu disini aku jua terluka kerana aku setiasa mahu menjaga kamu,
Tidak tenteram hati ini memikirkan kamu,
Adakah kamu disana sihat, sudah makan,ceria atau berduka hendaknya?

Aku ttap ingin sentiasa menjadi yang terbaik untk kamu,
Maafkan atas segala kekhilafan aku,
Terima kasih kerana sentiasa menegur aku,
Memang itu yang aku mahukan dari kamu,
Tegur aku saat aku menyakiti hatimu,

Maafkan aku kerana terlalu sayangkan kamu,
Aku tabah dan kuat disini kerana kamu,
Segala apa yang aku lakukan dan kerjakan sekarang adalah untuk kamu,
Akan ku genggam setiap janji ini hingga terbukti nyata,
Jaga dirimu,jaga hatimu saat kita berjauhan,tidak akan pernah bosan aku mengungkapkan 'AKU TERLALU MENCINTAIMU', Meski tanpa balasan aku tahu hati kamu tidak begitu,
Terima kasih untuk segalanya dari saat perkenalan kita..aku sayang kamu❤️❤️



😆😆😆😄


Monday, 13 August 2018

Rintihan Rindu Buat Yang Jauh Dimata.



Saat aku disini,
Bersama kamu bersama menyaksikan kemilau mentari mengufuk ke barat,
Desir ombak setia membadai pantai berteman bayu suam bersulam bahasa,
Membawa bersama ceritera cinta kita,
Selembut awan biru berarak,
Mengiringi lembutnya matahari terbenam,
Senandungku padamu,
Puisi indah buah fikiran untuk mu yang dicintai,

Sayangku,
Tahukah kamu beratnya hati ini berjauhan dengamu,
Jangan diragukan cinta yang menyintaimu,
Teruskan menjaga hatimu untuk tetap menjadi tujuan hidupku,

Sayangkau,..
Maafkan sang hina ini sentiasa menagih kasih darimu,
Tiada apa lg yang kumahu selain kamu,
Tetaplah kamu terus hidup dalam setiap baris kata puisi curahan hati ini,
Kerana kamu cukup bererti,

Sayangku Anis Aryani,
Kuserahakan segala hidup dan pengharapan aku untuk terus tulus mencintai dirimu,
Bersama kita menyudahkan apa yang telah dimulakan,
Jika itu takdir dari yang esa,
Tetaplah dikau terus menjadi bidadari tanpa sayapku❤️❤️❤️❤️




*klik untuk tumbesaran


Thanks for todayy❤️❤️


Tuesday, 7 August 2018

Nukilan sebelum mata terpejam..



Pada awalnya tiada rasa apa pun dihati ini,
Sehingga kau datang membawa satu senyuman,
Membawa bersama harapan yang pernah hilang,
Tidak mahu lagi aku kehilangan senyuman itu,

Akan ku bisikkan di telingamu lembut sehingga kamu berasa bosan,
Betapa aku terlalu merindui saat-saat kita bersama,
Terima kasih kerana tidak berputus asa ketika kita saling melukai,
Juga saat aku tidak mampu membuat kamu bahagia,

Terima kasih sayang kerana menemani diri ini walaupun disaaat engkau letih,
Tetap ada setia memastikan agar hari-hari aku sentiasa ceria,

Jangan tanya seberapa banyak aku mencintaimu malah merinduimu,
Cukup sekadar bertanya kepada Allah,
Seberapa bosan Allah mendengar namamu..
Di dalam doaaa ku..





*klik gambar untuk tumbesaran