Saturday, 26 October 2019

Selamat Hari Lahir Kesayangan❤️♥️

Sayangku,
Di hari lahirmu ingin aku titipkan satu puisi agar engkau senantiasa tahu,
Aku disini rindukan kamu,
Ingin selalu di dekatmu,
Ingin menagih sayang darimu,

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu,
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu hanya satu,

Maafkan aku andai pernah berkasar,
Maafkan aku kalau aku pernah membuatmu marah,
Maafkan aku kalau aku pernah menjerit,
Maafkan aku kalau aku pernah terpekik,
Bakal isteriku percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta hanya demi kamu,

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku,
Akan ku pastikan agar kau  sentiasa bahagia bersama aku,

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Bakal Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi sahabatku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anak kita kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku

Sayangku,
Di hari lahirmu ke 28,
Aku mendoakan agar kamu selalu diberkati,
Dipanjangnan umur agar kita dapat mencipta pelbagai lagi diari indah hidup kita,
Moga diberikan kesihatan yang baik kerana saat kau kesakitan, akulah insan yang sentiasa ingin menjagamu,
Semoga diberikan ketenangan dan semoga kita bersama-sama mampu mengharungi segala dugaan,
Aku tidak pernah membayangkan hubungan ini sejauh ini, hanya takdir dan maut memisahkan kita,
Hanya satu kata dariku,
Terima kasih sayang untuk segala pengorbananmu❤️❤️

Sayangku,
ku titipkan beberapa pantun buatmu,


Gemersik cahaya menerpa segenap ruangan,
Ditemani beburung bercicip penuh merdu,
Ayg setia disini menunggu kesayangan,
Tggu bkn skadar tggu,tgu ayg bersama rndu,

Anak belacak merangkak di atas titi,
Mati ditangkap di dalam baldi,
Sayangku Anis selamat hari jadi,
Semoga kita menjadi suami isteri😘
Cia cia ciaaaa

Love You Damn Much Sayangku!
Selamat Hari Lahir!!😘❤️


Please be mine my Pipau😘😘❤️❤️


No comments:

Post a Comment