Saturday, 18 April 2020

Terima Kasih Isteriku Anis Aryani Mohamad Zin

Dikala mata ini sukar untuk lena, aku titipkan sebuah madah mengenai perhubungan kita,

Sayangku Anis Aryani, terima kasih kerana hadir dalam hidup ayg, akhirnya tanggal 15 March menjadi noktah kepada hubungan kita, dengan sekali lafaz alhamdulillah kamu menjadi isteriku yang sah,

Sayang,
terima kasih atas segala pengorbanan yang telah engkau curahkan sepanjang perhubungan kita, sehingga saat papan kekunci imi ligat berdecip membelah kesunyian malam, ayg masih lagi tidak percaya baby adalah isteriku.

Sayang,
ayg tahu terlalu banyak baby bersabar dengan ayg, dengan kerenah ayg, karenah keluarga ayg. maafkan segala kekhilafan yang berlaku, anggap itu cabaran pertunangan kita dan alhamdulillah ayg panjatkan kesyukuran kerana apa yang ayg impikan setiap hari selama dua tahun tercapai sudah

Sayang

Tahukah baby saat pertama kali ayg bertemu dengan dengan baby, ayg cukup tidak suka dengan baby kerana bby sangat hyper active (mampus aku), berkali-kali baby ajak ayg berbual tetapi ayg xpandai nk borak dengan baby, (mmg dari azali aku xsuka borak ngn p'pn), sejujurnya ayg jatuh cinta pandang pertama bila bby snyum dkt ayg, rasa nk borak tpi tak tahu, ayg beranikan diri untuk whatapp dengan bby, dan akhirnya tiap malam kita oncall nonstop, nak-nak bulan puasa, lebih mudah ayg menjalankan modus operandi mengusyar bby dengan bermodalakan kejut sahur. hehehhe

Sayang,
masih ingatkah bby, masa kita bergaduh ayg pernah balas satu ayat "janji ku gengam higga terbukti nyata", n then. ayg dah berjaya kotakan janji ayg yang ayg tak pernah berniat nak mainkan hati bby, ayg betul-betul serius dengan baby. walaupun 6 kali baby mntk putus sebab dah tak tahan dan ayg telankan jugak, alhamdulillah tak sia-sia pengorbanan ayg.

Sayang,
Hari ini genap sebulan usia perkahwinan kita, ayg bertuah kerana memiliki bby, (walaupun garang mcm singa ) terima kasih kerana banyak ubah ayg, terima kasih kerana menjadi tulang rusuk kiriku, terima kasih menjadi isteri yang baik dan ayg harap kita sama-sama jaga hubungan ini hingga ke syurga inshaallah, untuk redha suami bby ni janganlah bby risau, sebelum ayg tido ayg maafkan segala kesalahan bby dan ayg redha dengan bby. 

Sayang... Selamat sebulan menjadi isteriku ❤️❤️



Love Yoouu  SSoooo Muchhhhh!!!!





No comments:

Post a Comment