Saturday, 12 January 2013

EXAM OHH EXAM.....


masa kian suntuk tapi aku still buang masa..tak boleh jadi nie...mulai hari nie kene stat study secara serius..dalam hati dup dap jgak nie...da tua-tua kene study...segan jugak baq ang..ermmm bt masa nie cuma malam je study...lama xpegang pen membuatkan aku sangat kekok hendak menulis..da xda masa nk pikir benda lain...hurmmm tak tau la ape nak jadi...harap semuanya okay...inshaallah....

#please give me strong heart...


Malaysia University English Test (MUET)


#arghhhhhh..study mood...

Saturday, 5 January 2013

Rintihan Rindu Ini..


Senyummu itu...
Sentiasa menjadi pengubat rindu itu,
Renungan Mu..
Itu yang mampu mengetarkan jiwa ini.

Suaramu..
Bersulam kata membuai rasa
Wajahmu..
Ingin ku lukis pada potret kasih

Akan ku cipta syair terindah padamu
Pada kedinginan malam
Akan ku sulam kata rindu
Pada teriknya mentari siang

Ingin ku petik bintang kasih di hatimu
Akan ku pamer pada kamar hatiku
Biar sinarnya sayangmu akan bersinar
Di setiap penjuru gurindam sudut relung hati ini

Tiada ucap yang teristimewa
ku sembahkan buat mu
hanya mampu ku kata puisi ini
Buat Mu Yang teristimewa....



Monday, 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!


Tora datang lagi!!! taraaaa!!! chaaaakk!!! ....haramjadah betul da berhabuk blog aku nie dek akibat tiada masa..hahahaha macam dajei alasan..orait2...malam nie kul 12 bermulalah kalendar baru dalam bulan kuda da ma cai..bukannya kalendar kaum mayan!! bukan!....banyak suka duka yang berlaku dalam tahun 2012 yang lalu....antaranya...kehabisan study aku di politeknik perlis,,.soalan exam s.p.a  tahap planet nameck, malaysia kalah piala sujuki,, filem hantu botol kicap yang cam menatang,,.setan merah disunatkan dan yang paling terfakktab adalah ramalan kiamat 2012,,,,puihhhh...

seperti biasa,,sebagai insan yang normal dan mengamalkan norma-norma kehidupan,,semestinya aku juga mempunyai azam untuk tahun 2013 kelak...pada yang dah ada balak nama azam tu tak payah bising la...dan ini bukan azamuddin akillah yang skuad malaysia tu..ini adalah azam untuk mencapai satu tahap kehidupan yang tertinggi berbekalkan semangat yang jitu serta menigkatkan daya saing sosial....hurmm..lantakla..aku pun xtahu nak terangkan macam mana..hahahahhaha

sepertimana abam rooney yang berazam membetulkan stigma shrek yang sudah sebati dengan dirinya dengan menanam rambut , begitulah juga aku...tak payah nak berazam beria-ria..cukupla sedar mampu dicapai...arghhhh..sebenarnya aku malu nak cerita azam tahun baru aku..hihihihi (blushing)..

puihhhh...

sebenarnya azam aku sikit je...ishhhhhhh..malu plak orang baca..hahahaha..orang kata kalau nak berjaya,jangan malu nak berangan...urmmm entah..aku xtaw betul ke tak pepatah tu..haha..ok-ok serius-serius...sebenarnya azam aku tahun depan adalah untuk menukar status aku daripada pengangur terhormat kepada pelajar sepenuh masa...itu je..bulan dua nie aku ada exam n aku cba try yang terbaik..doakan aku..... disamping itu tak lupa jugak azam dalam dunia pemancingan ikan..tahun 2012 membawa banyak kenangan menaikkan ikan bersaiz gadak..harap tahun 2013 memberi rejeki yang lebih kepada anak-anak..hihi


hurmmm..tu jela kot..aku tak boleh bayangkan kalau aku jadi seorang penulis belog yang serius..hahahahahahahhaha.segala terkasar bahasa, tergaduh dan pelbagai 'ter' lagi..aku mintak maaf..kalau boleh buat muka macam suarez aku da buat da...hahahah okey2..pada yang sambut new year kat pd ke,,melaka ker,,dataran s.alam ke...take care n HAPPY NEW YEAR!!!





nie pun termasuk dalam azam..kihkihkih..

























INI SANGAT BEST!!!

Monday, 19 November 2012

memancing atau sinonimnyer mengair..


memandangkan musim sekarang nie member-member baru nak setat jadi taik mancing..nie ada sedikit maklumat mengenai nama dan teknik memancing..


Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

Wednesday, 14 November 2012

Aku Sedih?? ahhhh..terfaktab jer....


dari tajuk dah gempak da..tengok rasa macam nak baca je..hahahahah banggang betul.. Hari ini kita semua bangun kepada pagi yang sejuk dan nyaman, unggas berkicauan dan terbang riang, kucing dan anjing berbaik-baik, marukku merupakan makanan ruji minggu ni, LRT berjalan lancar, drebar teksi sudi membawa anda ke destinasi yang dituju dengan menggunakan meter sementara bos tidak pula bising bila anda masuk lewat. Semuanya kerana manchester united dah klinsman..

they said ours shirt like tablecloth..remember this..where the place of tablecloth??
 of course 
TOP OF THE TABLES!!

meroyan ape tak memasal je up m.u..hahahaha...booooo boooooo...macam lembu united pun ada..hihihi.. xdala..itu cuma intro je..biasa lah..mestila kene up skit-skit....sikit2 boleh la...yang penting jangan lupa malam nie harimau malaya ada game dengan Hong Kong..semenjak dua menjak nie aku jarang update blog,,bukan ape..maklum la dah jadi penanam anggur yang berjaya nie kompem la busy sikit.hihihii walaupun "ku akui" aku sntiasa hepi dalam setiap post aku..tapi jauh dalam lubuk hati...aku sebenarnya sedih,sedih yang teramat sangat...ayat tak boleh blah la..hahahaha ok-ok..serius...tetibe je hidup aku mula rasa terfaktab....tak apa lah..yang banggang tu biarkan dia terus membanggang.,,biar miskin rupa,jangan miskin ilmu...kepada para haters yang  xda keje membaca post nie..macam biasa..only two sentences.."if you wanna play with hacker,,u must pay more time in your life"...that all..

tekperlu la aku meroyan lebih..yang penting SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

AAAAUUUMMMMM!!! AUUUUMMMM!!!










INI SANGAT DAN LANGSUNG XBEST!





Wednesday, 31 October 2012

Menjenggo katernyer cuy......


agak lama gak aku xturun ke laut mahupun sungai untuk memancing....bukan pe,cuma kat sini xda banyak port...kalau dah sangap sangat g tala kolam patin kat rantau,n.sembilan....tak pun kat blakang umah nenek member aku...adib...jadi pemancing underground balik la..hahaha...raya hari tu dah merasa jadi taik dah...mancing punya mancing taw2 dah dengar takbir raya...peearrrgghhhh series shahdu shiyal...hihihi 

seperti biasa,,pencinta alam amat gemar mendekati alam..itu adalah lumrah kebiasaan manusia biasa....trip menjeggo mula diatur...rakan taulan dan sepupu sepapat habis di helo.....pada yang tak taw menjeggo tu benda ape,,,adakah sejenis makanan?? mahupun serangga hijau berdarah sejuk,, atau mamalia bertelur dan menyusukan anak??...tidak....bukan itu maksudnye...menjeggo tu lebih kepada aktiviti memburu sesepit biru,,atau lebih dikenali sebagai udang galah....orang tua-tua ada menyebut.."dimana ada udang galah,disitu ada buaya"..hihihi itu yang sedikit merisaukan aku...bukan ape..trip kali nie bakal dilaksanakan kat sungai timun dengan menaiki bot..,,,naik bot lebih nyaman katernyer...bepikir seratus kali jugak aku sebab hasil penyelidikan jabatan perhilitan negeri sembilan mendapati,terdapat kira-kira 3 ribu ekor buaya di sungai timun???? ffffffffffuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kejadah ape semua nie.....ermmm dah nama pun memancing..tak sah kalau tak da cabaran...pada member-member yang agak-agak free pada 2.12.2012 nanti leh la same2 kita menjeggo..mungkin ada otai yang turun skali...aku??? tabahkan hati n buat-buat berani je..sebab aku ada pengalaman pahit naik bot nie..huhuhuhuhu tu jela kot..adios!



air yang tenang jangan disangka tak ada sang bedal..hurmmm..layan jela cuy!




brengggol tengah menhimbik katernyer...




mamat nie yang beriya-iya ajak aku..siap marah aku lg...nasib baik ko sepupu aku..kalau x,,memang tak lah kan aku nak ikot...memang la nyaman..tapi kena sampai 7,8 jam atas bot memang pudui cuy!



sepupu aku yang sekor nie tak payah cakap..tahap taik dah nie...hahaha setting cantik-cantik....dua haribulan kita layan...















INI SANGAT BEST!!!






Monday, 29 October 2012

Menyu menang????



selesai game malam tadi diantara menyu n chelshit....tweet,fb,blog bagai dilanggar orang mabuk todi..itu adalah kebiasan biasa sebab semua orang nak jadi commentator...kejadah apa chelsea kene sampai dua red card???? ...ermmm biasa lah..dah nama pun SETAN..menang dengan cara keji tu biasa lah..ape nak heran sangat...ramai orang malaysia aku tengok lahir kat london n manchester...saudara seislam dibabikan...puiiiihhhhhhhhhhh pergi stamford bridge n old trafford pun xpernah..tak payah nak taksub sangat lah...walaupun aku fans menyu...tapi sejujurnya reff malam tadi sangat mengecewakan...habis rosak game yang sepatutnya best..tapi tu lah..reff juga manusia...mesti buat silap...tak payah la fans chelshit bahan reff tu....reff tu jugak yang bagi kad merah kat evans time menyu kena tibai 6-1 dengan maksiti....apa ada hal??? 

ceitttt..pahal plak aku yang jadi commentator..tapi betul la...perjalanan game masih panjang..tapi malam tadi van persie memang style lah.(first half jela).hahahah (macam siak je up team sendiri)..hahaha tak ada lah....game malam tadi menyu sepatutnya seri je tu..xpun kalah.,,menyu kantoi klimaks awal n chelshit plak baru nak klimaks n pegawai agama islam datang,,..hahaha pape pun...tak puas ati rabu nie ada carling cup..menyu akan lawan chelshit lagi...meroyan la habis habisan..sampai mampus pun chelshit n menyu tetap akan lawan...so ape ada hal??? chelshit control game ape..respek sbb da tinggal 9 org pn still menyerang..x mcm liberpol... liberpol tak menang n duduk no12 rileks je...hahahaha liberpol memang la sebab banggang abadi..dahla..cool down.....kita cuma fans...walau sakit hati macam mana pun..bukan kita yang main,,bukan negara kita n bukan tempat lahir kita...kita cuma boleh menyokong dan terus menyokong....ini lah dinamakan hiburan...so lets fakap your life!!







hahahahahhahahahha