Pada Anis Aryani,
Ingin ku bisikkan salam rindu padamu,
sedang kau tiada disini bersamaku,
Hatiku begitu kosong dan kesepian tanpa mu,
Saat ku menghapus air mata ,ku cuba untuk bersembunyi,
Aku cuba memejamkan mata dan melupakan mu seketika.
Tetapi dalam diam naluri lelaki ini terpukul lemah kerana kerinduan,
Saat fajar merah nan berarak lembut,
Membawa bersama rindu terus mengembara,
Ketika jarak cenderung membuat kita terpisah,
Mempertahankan mu senantiasa dihati satu ambisi sehingga mati,
Tetap setia tangan ini mengukir lukisan di kaki langit,
Cuba menjelmakan untaian rindu serta garis senyuman indah terukir di pipi itu,
Diantara sayang serta rindu...........kian menghempas kuat jeda anganku,
Ketika malam bersama-sama, tidak boleh menjadi milik kita,
Hanya menutup mata kau dan aku bertemu di atas hamparan bintang-bintang itu,
ku terbayang senyum mu, terus setia mengantar tidur ku,
Dan dengan lembut ku tutup mata ku,terasa kau dekat denganku,
betapa indah taburan bintang,mengihiasi gelapnya malam
Tapi kau tidak ada….., tidak ada…dlm pelukan ini..
Akan ku usaha tiada asa serta memohon doa pada yang esa,
Tidak lagi ingin disimpan kesepian dan rindu terus berkelana,
Segala tentang kamu adalah kenangan indah hidupku,
Menarik nafas memejam mata memendam rasa....AKU TERLALU RINDUKAN KAMU.....
Amsyar.

No comments:
Post a Comment