Pada awalnya tiada rasa apa pun dihati ini,
Sehingga kau datang membawa satu senyuman,
Membawa bersama harapan yang pernah hilang,
Tidak mahu lagi aku kehilangan senyuman itu,
Akan ku bisikkan di telingamu lembut sehingga kamu berasa bosan,
Betapa aku terlalu merindui saat-saat kita bersama,
Terima kasih kerana tidak berputus asa ketika kita saling melukai,
Juga saat aku tidak mampu membuat kamu bahagia,
Terima kasih sayang kerana menemani diri ini walaupun disaaat engkau letih,
Tetap ada setia memastikan agar hari-hari aku sentiasa ceria,
Jangan tanya seberapa banyak aku mencintaimu malah merinduimu,
Cukup sekadar bertanya kepada Allah,
Seberapa bosan Allah mendengar namamu..
Di dalam doaaa ku..
*klik gambar untuk tumbesaran

No comments:
Post a Comment