Monday, 13 August 2018

Rintihan Rindu Buat Yang Jauh Dimata.



Saat aku disini,
Bersama kamu bersama menyaksikan kemilau mentari mengufuk ke barat,
Desir ombak setia membadai pantai berteman bayu suam bersulam bahasa,
Membawa bersama ceritera cinta kita,
Selembut awan biru berarak,
Mengiringi lembutnya matahari terbenam,
Senandungku padamu,
Puisi indah buah fikiran untuk mu yang dicintai,

Sayangku,
Tahukah kamu beratnya hati ini berjauhan dengamu,
Jangan diragukan cinta yang menyintaimu,
Teruskan menjaga hatimu untuk tetap menjadi tujuan hidupku,

Sayangkau,..
Maafkan sang hina ini sentiasa menagih kasih darimu,
Tiada apa lg yang kumahu selain kamu,
Tetaplah kamu terus hidup dalam setiap baris kata puisi curahan hati ini,
Kerana kamu cukup bererti,

Sayangku Anis Aryani,
Kuserahakan segala hidup dan pengharapan aku untuk terus tulus mencintai dirimu,
Bersama kita menyudahkan apa yang telah dimulakan,
Jika itu takdir dari yang esa,
Tetaplah dikau terus menjadi bidadari tanpa sayapku❤️❤️❤️❤️




*klik untuk tumbesaran


Thanks for todayy❤️❤️


No comments:

Post a Comment